Di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, Tanah Suci Mekah menjadi saksi jutaan doa dan harapan yang dipanjatkan di hadapan Baitullah. Namun di sebalik kemuliaannya, masih ada insan yang menyambut waktu berbuka dengan hati yang berat dan juadah yang serba kekurangan.
Penduduk setempat, para pekerja susah serta golongan asnaf di sekitar Tanah Haram terus berjuang menjalani ibadah puasa dalam serba keterbatasan, menahan lapar sambil memanjat doa agar ada rezeki yang sampai sebelum azan Maghrib berkumandang.
Kami berhasrat menyalurkan sumbangan makanan berbuka kepada mereka yang memerlukan di sekitar Mekah. Bantuan ini bukan sahaja untuk penduduk dan pekerja yang hidup serba sederhana, malah turut merangkumi pelajar Malaysia yang sedang menuntut ilmu di sana, serta para jemaah umrah sepanjang bulan mulia ini.
Bagi mereka, satu hidangan berbuka bukan sekadar mengalas perut, tetapi menjadi sumber kekuatan untuk meneruskan ibadah dengan lebih tenang dan khusyuk.
Kami dengan rendah hati mengajak para dermawan untuk bersama-sama berkongsi rezeki di bulan yang penuh rahmat ini. Semoga sedekah yang diberikan menjadi asbab doa-doa mereka di Mekah mengalir kembali kepada kita, serta diganjari pahala berlipat ganda di sisi Allah SWT.
Jom #BuatBaik!

Tiada perkembangan
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini